Tentang Kami
Bagaimana kami bermula
Eskoba Marketing bermula hanya sebagai tim jentera pemasaran in-house untuk sebuah syarikat gergasi bisnes atas talian yang bertapak di Besut, Terengganu pada 2017.
Kemudian, bermula dari Ogos 2018, kami mula mengorak langkah untuk bergerak secara berasingan untuk memberi lebih fokus kepada bidang latihan pemasaran dan pembinaan tim digital entrepreneur kami sendiri.
Maka tertubuhlah Eskoba Marketing Sdn Bhd dengan misi membawa skil dan pengetahuan terkini untuk diterapkan kepada penduduk sekitar yang berminat menjadi usahawan digital di bawah naungan kami serta membuka peluang untuk usahawan dari luar untuk membangun bersama.
Pengasas
Eskoba Marketing diasaskan dan ketuai oleh YM Tengku Adzim dan Tuan Ahmad Faiz bersama 10 orang founding members yang lain.
YM Tengku Adzim merupakan seorang bekas guru Bahasa Inggeris manakala Tuan Ahmad Faiz merupakan seorang graduan kejuruteraan perisian dari Universiti Teknologi Petronas.
Mereka berdua berpengalaman secara dari bawah di dalam bidang jualan dan pemasaran digital sejak tahun 2016 dan merupakan jurulatih-jurulatih bertauliah bertaraf kebangsaan mengikut standard Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
No pendaftaran: L02715-NCS-004:2017-2022(MTBS)PT