Topik SM#02: Formula Struktur Copywriting
Formula Struktur Copywriting
Mendalami formula untuk hasilkan struktur copywriting yang pelbagai.
Copywriting adalah elemen asas dalam pengiklanan. Ia cara seseorang marketer menulis untuk menyampaikan mesej tentang kehebatan produk/servis kepada audien. Copywriting yang baik adalah apabila ia berjaya mencapai objektif yang dimahukan penulisnya. Sama ada untuk dapatkan prospek dengan kos yang murah, kuantiti tinggi, mahupun untuk dapatkan conversion iklan yang baik.
Namun begitu, skill copywriting bukanlah satu benda yang mudah dipelajari. Skil ini perlukan inspirasi, ilmu, dan latih tubi yang mencukupi lebih-lebih lagi kalau penulis itu seorang yang newbie.
Apabila seseorang penulis iklan itu tahu menggunakan formula copywriting yang pelbagai, beliau boleh membuat penulisan yang hebat bukan setakat di posting iklan seperti Facebook Ads, Instagram post etc, tetapi formula itu boleh juga digunakan untuk menulis di bahagian yang lain di dalam Sales Funnel.
Contohnya;
Untuk membuat skrip closing Whatsapp atau Call
Flow skrip Chatbot
Sales letter, website landing page
Email Content
Bahan bercetak; buku, flyers
Skrip Video
Caption di poster dan seumpamanya.
Kenapa pentingnya tahu formula dan struktur copywriting?
Penulis iklan atau marketer wajib tahu formula untuk hasil struktur copywriting supaya mereka boleh hasilkan variasi penulisan berdasarkan content (topik) utama yang mereka pilih untuk jadikan kempen marketing mereka.
Pada topik siri 01 yang lepas, kami ada kongsikan tentang Selling Point. (Boleh baca di sini jika belum faham)
Secara ringkasnya, Selling Point adalah maklumat-maklumat yang kita olah tentang produk kita untuk naikkan keinginan audien untuk membeli. Jadi untuk pastikan olahan maklumat tadi senang difahami audien, kita perlu guna formula untuk hasilkan struktur penulisan yang berkesan.
Formula adalah gabungan maklumat dalam copywriting.
Struktur pula adalah susunan formula yang dipilih.
10 Formula Struktur Copywriting
Untuk kurangkan pening dan mudahkan kefahaman, di bawah ini kami belanja 10 formula struktur copywriting yang marketer boleh ambil manfaat dan terapkan ke dalam penulisan iklan, skrip, landing page dan sebagainya.
nota: tekan butang di bawah
Akhir kata;
Penulisan atau copywriting memanglah satu skil yang marketer kena kuasai. Tetapi bentuk atau formula copywriting hanya boleh digunakan sebagai panduan. Skil penulisan ini sebenarnya sebahagian dari seni kreatif di mana kehebatannya atau sejauh mana power penulisan kita tetap bergantung kepada penerimaan audien dan hasil yang kita dapat dari tulisan tersebut. Kadang-kadang penulisan yang ringkas sudah mampu memberikan hasil yang lebih banyak berbanding penulisan yang kompleks.
Apa-apa pun tugas sebagai seorang marketer, kita wajib split test!